Dengan menumpukan tahap ereksi, sebahagian besar lelaki yang menghadapi masalah ejakulasi awal dapat mengatasinya. Ini juga dapat meningkatkan daya kawalan ejakulasi.

Selain itu, masalah ejakulasi awal juga boleh diatasi dengan teknik mengemut. Bagi mereka yang mahir dengan teknik ini, ereksi masih dapat dikekalkan walaupun ejakulasi telah berlaku.

Gel anaesthetic juga masih gagal digunakan oleh sesetengah kalangan yang bermasalah tersebut yang digunakan untuk mengebaskan zakar. Tetapi cara ini mempunyai masalah kerana ubat itu perlu dibersihkan dulu sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj. Faraj pula akan menjadi kebas jika langkah pembersihan tidak dibuat.

Selain itu, ada yang menggunakan gambir sarawak yang merupakan sejenis ramuan mengandungi bahan herba dan kimia di mana ia disapu pada penghujung zakar selepas dicampur dengan air sejuk. Hujung zakar terasa pijar, panas dan tidak selesa selepas beberapa minit.

Ereksi yang padat dan tidak selesa dikatakan akan dirasai hasil dari ketidakselesaan tersebut. Ini tentunya akan dapat bertahan lama jika dimasukkan ke dalam faraj.

Seperti penggunaan gel anaesthetic, dengan gambir sarawak, zakar juga perlu dibersihkan sebelum dimasukkan ke dalam faraj untuk mengelakkan isteri terasa panas pada farajnya sepeti terkena cili api. Ia juga memberi kesan sampingan iaitu kulit penghujung zakar menggelupas dan mungkin boleh melecet.

Selain dari panduan di atas, mereka yang menghadapi masalah ejakulasi awal juga dinasihati mendapatkan nasihat dari doktor untuk lebih kepastian.

0 comments